Teringat kisah Saiyidina Umar ra. Beliau pada satu hari berjalan dan
terjumpa seorang yang tua lagi fakir. Lalu beliau mendapatkan orang tua itu
dan bertanya mengapa tidak meminta bantuan dari khalifah (beliau sendiri).
Lantas dijawab oleh orang tua tersebut "Khalifah Umar tu tak berguna. Aku
tersiksa begini pun dia tak ambil peduli"
Saiyidina Umar lantas berkata, bagaimana khalifah hendak tahu sedangkan dia
duduk di tempat yang terasing. Orang tua itu menjawab lagi "Kalau Umar tu
khalifah yang baik, tentu dia tahu aku sedang kesusahan di sini." Umar ra
menangis mendengar penerangan orang tua tersebut. Lalu dia pulang,
mengambil beberapa kampit gandum dan menggalasnya di atas bahunya sendiri.
Khadamnya menawarkan dirinya untuk tolong mengangkat gandum tersebut tapi
dijawab oleh Umar ra "Apakah engkau mahu menggalas dosa aku kerana
mengabaikan dia (orang tua tersebut)? Ini tanggung jawab aku maka biar aku
yang lakukan". Sampai di sana, orang tua itu sangat memuji Umar dan berkata
"Engkau lebih layak menjadi khalifah dari Umar". Bila dia bertanya
dimanakah dia boleh mencari Umar ra, beliau menjawab, "Bila engkau bertemu
Umar, engkau akan bertemu dengan ku."
Inilah sifat seorang tokoh, seorang pemimpin, seorang sahabat agung
Rasulullah saw, Saiyidian Umar ra. Beliau dikritik tetapi masih membantu
orang yang mengkritiknya. Beliau arif kritikan itu kerana kelalaian beliau
sendiri. Tidak ada dendam, tidak pula terniat untuk meng-ISAkan orang tau
tersebut. Inilah contoh orang yang mengamalkan Islam sebenar, Islam yang
Baginda Rasulullah saw bawakan. Islam yang tidak ada imbuhan di belakang
nama Islam...
Kelakuan Saiyidina Umar ra membawakan sendiri gandum untuk orang tau
tersebut tidak dianggap budi sebaliknya tanggung jawab. Beliau merasakan
dosa baginya sebagai orang yang diamanahkan tampuk pemerintahan kerana
mensia2kan orang tua tersebut. Sayangnya pemimpin hari ini menganggap
tanggungjawab sebagai budi dan wajib pula dibalas.
Terlalu berbeza Umar ra dengan pemimpin hari ini. Sedangkan Umar ra juga
hanyalah manusia biasa. Perbezaan ini adalah kerana iman. Maka kerana itu,
wajib kita melantik pemimpin yang beriman, yang mempercayai Islam
sebagaimana yang diutuskan oleh Allah kepada Rasulullah saw melalui
perantaraan Jibrail. Melantik orang yang kufur adalah terang nyata sebagai
satu jenayah terhadap Allah, Nabi saw dan umat muslim sekaliannya...
Pemimpin yang Islamik tahu membezakan tanggungjawab dan budi. Pemimpin yang
baik takkan menyebut2 budi mereka apatah lagi menipu rakyat dengan
mengatakan tanggung jawab sebagai budi. Jauh sekali dari meminta balasan.
Pemimpin yang Islamik tak perlu tunggu pemimpin yang seangkatan dengannya
mati untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat. Anda faham apa yang saya
cuba sampaikan, kan? InsyaAllah...
Terserah anda. Jangan fikir kita tidak akan ditanya siapa yang kita lantik
hari ini. Jangan kerana hendakkan bangunan yang tingginya 35 tingat, kita
ratakan masjid yang tingginya tak sampai 20 meter. Kerana kita akan turun
ke 7 kaki di bawah. Majulah di dunia ini sebagaimana maju sekalipun,
jadilah jutawan sampai sebanyak mana harta sekalipun, tetapi jika kita
mengabaikan perintah Allah... Sesungguhnya azab Allah itu amat keras...
Wabillahi taufiq wal hidayah
11 Years
10 years ago
No comments:
Post a Comment